Akhirnya kami check in di Hoang Phuong hotel dengan bayaran rm 90 satu malam.Hotel sederhana tetapi lengkap dengan Tv,internet dll.
Kami memulakan exploration diHCMC selepas jamak zohor dan asar dalam jam 2pm.Apa lagi destinasi pertama kami ialah kedai makan.Kami order makanan kegemaran kami tomyam di restoran Serai berdekatan dengan kedai pakaian Halim.
Tidak sukar untuk mendapatkan restoran/kedai makan halal di HCMC.Di sekitar Benh Thanh market ada tidak kurang dari 10 restoran halal kepunyaan Melayu Islam Champa yang bertutur dalam bahasa melayu.
Kami makan tomyam,sayur,telur dardar dan nasi putih dengan bayaran Rm 60.Mahalnya.............
Setelah kenyang kami memulakan window shopping di kedai Halim,kedai Rohani dll.
Baju kurung,jubah dan telekung menjadi penghias dinding disemua kedai ini dengan harga runcit dan borong yang sangat murah.
Syurga membeli belah.......
Terdapat sekitar 20 buah kedai pakaian/butik yang menjual produk pakaian etnik melayu/Islam.
Mereka adalah dari keturunan Melayu Islam Champa yang bertutur dalam bahasa melayu.
Sudah tentu kami mencari harga terbaik sebelum membeli.Untuk itu proses tawar menawar adalah lumrah dan saya nasihatkan supaya kita perlu ada sedikit pengetahuan tentang harga pasaran untuk satu-satu produk di HCMC.Kalau tidak,kita akan kata semuanya murah.
Pelajaran kedua kami di HCMC ialah harga makanan mahal,pakaian murah.
Bersambung............bertemu dengan wanita gigih Hajah Basiroh
Menjual barangan haji dan produk kesihatan
Tuesday, 24 September 2013
Monday, 23 September 2013
Perjalanan di Vietnam -siri 1
Saya telah banyak membaca dan berkongsi pengelaman dengan rakan-rakan satu perjuangan perniagaan borong.Kisah suka-duka dan pahit manis liku-liku perniagaan ini yang tidak ada didalam buku maupun tidak diajar dimana sekolah atau universiti.
Sudah tentu antara perkara asas yang sangat penting dalam perniagaan ialah untuk mendapatkan barangan yang diniagakan dari sumber asal dan sudah tentu dengan harga yang paling minima.
Untuk tujuan itu 3 negara utama yang menyediakan barangan seperti yang dimaksudkan ialah China,Vietnam dan Indonesia,bergantung kepada barangan yang hendak diniagakan.
Saya baharu saja membuka kedai yang menjual barangan haji,jubah,tudung,telekung dll.Sudah tentu negara destinasi untuk mendapatkan produk yang diperlukan ialah Vietnam.
Kami pergi sendiri tanpa bantuan tourist guide.Kami terbang dengan Airasia tiba di HCMC 2 jam kemudian,bertolak 7.05 am,sampai 8.05 waktu tempatan,(waktu di HCMC 1 jam lebih lewat dari KL)
Imigresen di airport HCMC agak cekap dan semuanya menggunakan sistem komputer sebagaimana di LCCT atau di KLIA.Kami keluar dari airport dan terus kekaunter taxi untuk pergi kehotel di HCMC yang tak sampai 10 min perjalanan.
Kami membayar USD 15 di kaunter dan menaiki sebuah taxi yang saya lupa nama syarikatnya.
Kami dibawa kehotel melalui kesibukan jalan di HCMC yang dipenuhi dengan motorsikal.
Taxi tersebut membawa kami kesatu jalan yang agak terpencil yang terdapat beberapa hotel kecil dan terus meninggalkan kami disitu tapi malang itu bukan hotel yang dimaksudkan.Kami telah di tipu...............
Lalu kami mendapatkan taxi yang berdekatan untuk mencari hotel dan sekali lagi kami ditipu USD 15 untuk kos taxi yang kedua ini.
Akhirnya kami check in dihotel Hoang Phuong yang terletak berdekatan dengan Benh Thanh market.
Pelajaran pertama di Vietnam ialah jangan guna perkhidmatan taxi kecuali dari Taxi Vinasun.
Akan bersambung disiri 2.........tunggu

Wednesday, 18 September 2013
Khasiat minyak zaitun
Klik di sini untuk kedai online kami
ibssaga.weebly.com
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.
Yb Nasir Mustaffa merasmikan IBS Saga
Kedai kami,IBS Saga Enterprise yang menjual barangan haji dan umrah serta produk kesihatan telah selamat dibuka dan dirasmikan pada 6 September 2013 oleh Yb Mohd Nasir Mustaffa,Adun Kubang Rotan.
Klik disini untuk melawat kedai online kami ibssaga.weebly.com
Semoga Allah merestui dan memberkati usaha kami ini
Kenduri akikah bersama Dato' Mufti Kedah
Hari ni bersama dengan Dato' Paduka Mufti Kerajaan Negeri Kedah,Syeikh Badaruddin Hj Ahmad menghadiri kenduri akikah Tuan Hj Ismail Wan Teh.
Lawati kedai online kami dengan Klil disini ibssaga.weebly.com
Dato' Mufti sedang membelah mulut bayi
Dato' Mufti menggunting rambut bayi.
Tahniah kepada keluarga Tuan Hj Ismail diatas kurniaan bayi baru.Semoga diberkati dan dirahmati Allah sepanjang masa.
Sebarang urusan dengan kedai kami boleh klik terus pada hujung sebelah kanan blog ini atau KLIK DISINI ibssaga.weebly.com

Tuesday, 17 September 2013
Telekung Lycra
Produk terbaru di kedai kami
Telekung lycra tebal
Berbagai warna seperti hijau,biru,orange,hitam dll
Harga RM 130 sehelai
Layari web kami di ibssaga.weebly.com untuk order atau boleh sms dihp 0164108336
Monday, 16 September 2013
Kapsul habatusauda dan minyak zaitun
2 produk yang sudah dikenali ramai yang menjadi produk kesihatan terlaris dikedai kami.sila dapatkan keterangan produk di kedai online kami ibssaga.weebly.com
Jubah Dyana
Jubah dari kain lembut ini mendapat sambutan hangat dari penggemar jubah.Ia terdapat berbagai warna dan saiz.
Perhatikan kakinya jenis A cut,potongan yang digemari dimasa ini
Insya Allah stok baru akan sampai dalam masa terdekat bagi persediaan Aidil Adha.
Harganya sangat berpatutan RM 120
Sila masuk ke kedai online kami ibssaga.weebly.com

Sunday, 15 September 2013
Selamat datang ke Blog kedai haji IBS
Salam sejahtera dan selamat datang
Kedai kami baru saja beroperasi mulai 7 Sept 2013.Majlis perasmian dilakukan oleh Yb Mohd Nasir Mustaffa,ADUN Kubang Rotan
Kami menjual secara online dan offline,retail dan juga borong barang-barang keperluan haji,jubah lelaki dan perempuan,tudung labuh,telekung,kopiah,air zam-zam.
Kami juga menjual produk kesihatan seperti kapsul habatusauda,kapsul minyak zaitun,kapsul minyak kelapa dara,kapsul omega 3 fish oil,minyak zaitu dari olive house.

Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)