Menjual barangan haji dan produk kesihatan

Tuesday, 24 September 2013

Perjalanan di Vietnam - siri 2

Akhirnya kami check in di Hoang Phuong hotel dengan bayaran rm 90 satu malam.Hotel sederhana tetapi lengkap dengan Tv,internet dll.
Kami memulakan exploration diHCMC selepas jamak zohor dan asar dalam jam 2pm.Apa lagi destinasi pertama kami ialah kedai makan.Kami order makanan kegemaran kami tomyam di restoran Serai berdekatan dengan kedai pakaian Halim.

Tidak sukar untuk mendapatkan restoran/kedai makan halal  di HCMC.Di sekitar Benh Thanh market ada tidak kurang dari 10 restoran halal kepunyaan Melayu Islam Champa yang bertutur dalam bahasa melayu.

Kami makan tomyam,sayur,telur dardar dan nasi putih dengan bayaran Rm 60.Mahalnya.............
 Setelah kenyang kami memulakan window shopping di kedai Halim,kedai Rohani dll.

Baju kurung,jubah dan telekung menjadi penghias dinding disemua kedai ini dengan harga runcit dan borong yang sangat murah.

Syurga membeli belah.......

Terdapat sekitar 20 buah kedai pakaian/butik yang menjual produk pakaian etnik melayu/Islam.

Mereka adalah dari keturunan Melayu Islam Champa yang bertutur dalam bahasa melayu.

Sudah tentu kami mencari harga terbaik sebelum membeli.Untuk itu proses tawar menawar adalah lumrah dan saya nasihatkan supaya kita perlu ada sedikit pengetahuan tentang harga pasaran untuk satu-satu produk di HCMC.Kalau tidak,kita akan kata semuanya murah.

Pelajaran kedua kami di HCMC ialah harga makanan mahal,pakaian murah.

Bersambung............bertemu dengan wanita gigih Hajah Basiroh

No comments:

Post a Comment