Menjual barangan haji dan produk kesihatan

Monday, 23 September 2013

Perjalanan di Vietnam -siri 1

Saya telah banyak membaca dan berkongsi pengelaman dengan rakan-rakan satu perjuangan perniagaan borong.Kisah suka-duka dan pahit manis liku-liku perniagaan ini yang tidak ada didalam buku maupun tidak diajar dimana sekolah atau universiti.

Sudah tentu antara perkara asas yang sangat penting dalam perniagaan ialah untuk mendapatkan barangan yang diniagakan dari sumber asal dan sudah tentu dengan harga yang paling minima.

Untuk tujuan itu 3 negara utama yang menyediakan barangan seperti yang dimaksudkan ialah China,Vietnam dan Indonesia,bergantung kepada barangan yang hendak diniagakan.

Saya baharu saja membuka kedai yang menjual barangan haji,jubah,tudung,telekung dll.Sudah tentu negara destinasi untuk mendapatkan produk yang diperlukan ialah Vietnam.

Kami pergi sendiri tanpa bantuan tourist guide.Kami terbang dengan Airasia tiba di HCMC 2 jam kemudian,bertolak 7.05 am,sampai 8.05 waktu tempatan,(waktu di HCMC 1 jam lebih lewat dari KL)

Imigresen di airport HCMC agak cekap dan semuanya menggunakan sistem komputer sebagaimana di LCCT atau di KLIA.Kami keluar dari airport dan terus kekaunter taxi untuk pergi kehotel di HCMC yang tak sampai 10 min perjalanan.


Kami membayar USD 15 di kaunter dan menaiki sebuah taxi yang saya lupa nama syarikatnya.
Kami dibawa kehotel melalui kesibukan jalan di HCMC yang dipenuhi dengan motorsikal.

 Taxi tersebut membawa kami kesatu jalan yang agak terpencil yang terdapat beberapa hotel kecil dan terus  meninggalkan kami disitu tapi malang itu bukan hotel yang dimaksudkan.Kami telah di tipu...............

Lalu kami mendapatkan taxi yang berdekatan untuk mencari hotel  dan sekali lagi kami ditipu USD 15 untuk kos taxi yang kedua ini.

Akhirnya kami check in dihotel Hoang Phuong yang terletak berdekatan dengan Benh Thanh market.

Pelajaran pertama di Vietnam ialah jangan guna perkhidmatan taxi kecuali dari Taxi Vinasun.

Akan bersambung disiri 2.........tunggu

No comments:

Post a Comment