Perjalanan kami seterusnya ke Benh Thanh market.
Ini adalah pandangan di salah satu pintu masuk ke Benh Thanh market,tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong.
Terdapat berbagai barangan didalamnya dengan harga yang murah.Pakaian,baju,telekung,barangan makanan,barangan permainan,cenderahati dll.Pendek kata semuanya ada.
Kebanyakan pekerjanya adalah wanita yang sangat ramah dan boleh bertutur dalam bahasa Malaysia yang mudah.
Kami tidak membeli apa-apa di sini kerana pakaian ethnik melayu,jubah dan telekung tidak banyak di sini.
Disekitar market ini terdapat banyak kedai-kedai Melayu Champa.Diantaranya kedai Hajah Basiroh.Kami kesitu dan kami terus dibawa kerumah beliau dan berjumpa dengan beliau sendiri untuk urusan perniagaan.
Rumah 3 tingkat beliau tidak kelihatan seperti rumah tetapi seperti kedai kain baju.Seluruh pelusuk 3 tingkat rumahnya dipenuhi telekung,baju,jubah dll.
Ini adalah Iron Lady wanita cekal Hajah Basiroh.Beliau yang berumur lewat 50han ini adalah keturunan melayu champa.
Sangat hebat orangnya.Boleh bertutur fasih dalam bahasa Melayu dan English dan sudah tentu bahasa Vietnam.Ditepi nya terdapat 2 handphone,1 kalkulator dan satu laptop yang digunakan untuk urusan perniagaan.
Selain dari rumah,beliau ada 3 kedai di sekitar Behn Thanh market yang dikawal selia melalui CCTV dirumahnya dan beliau dalam proses untuk membuka satu lagi kedai disitu.
Semua urusan perniagaan dilakukan secara duduk.
Gambar sebelah sedang deal untuk mendapat telekung dengan harga terendah.
Akhirnya kami membeli sebahagian besar dari barangan yang kami perlukan di sini.
Gambar di satu sudut rumah Hajah Basiroh.
Bersambung....................dalam siri ke 4




No comments:
Post a Comment