Kami pulang terus ke hotel setelah berborong sakan di kedai Hajah Basiroh.Selepas sembahyang dan berehat,apa lagi,agenda yang seterusnya mengisi perut.
Lokasinya sudah tentu disatu jalan disekitar Benh Thanh market yang saya namakan "Malaysian Street'.
Disini terdapat tidak kurang dari 15 buah kedai pakaian dan restoran Melayu Champa.Tiga darinya kepunyaan Hajah Basiroh.
Sebut saja nak makan apa.Semuanya ada.Teh tarik,roti canai,nasi goreng,tomyam,dll.Rasanya pun boleh tahan,tak banyak beza dari masakan di Malaysia.
Jalan "Malaysian Street" ini dipenuhi dengan orang Malaysia yang datang ke Vietnam yang sebahagian besar datang untuk menddapatkan barangan perniagaan masing-masing.Berada disini seolah-olah berada di negara sendiri.
Selain dari kedai-kedai kain baju dan restoran melayu yang berderetan disini,urusan jual beli juga boleh di lakukan dengan RM Malaysia.
Hotel Saigon Pink 2 dan Hotel Hoang Hai Long 2 merupakan diantara hotel yang popular dikalangan pelancong dari Malaysia.
Ianya terletak di "Malaysian Street" dengan harga kurang dari RM 100 untuk satu malam.
Disetiap malam akan ada pasar malam disekitar Behn Thanh market ini tetapi harganya sedikit mahal mungkin kerana mereka tahu majoriti pengunjungnya adalah orang Malaysia.
Bersambung..........ke siri 5



No comments:
Post a Comment